Friday 11 December 2009

Tahukah Anda?

Enjin-enjin teknologi terkini telah mengatasi batas-batas kemampuan kebanyakan minyak pelincir di pasaran.

Kebanyakan enjin teknologi terkini biasanya beroperasi pada suhu melebihi 240ยบ F. Pada suhu ini pelincir tertentu sahaja yang mampu beroperasi dengan jayanya. Manakala pelincir kebanyakan tidak dapat berfungsi lagi dan enjin kenderaan anda tidak lagi mendapat perlindungan dan sentiasa terdedah kepada kerosakan.

Monday 7 December 2009

Apakah Pengkadaran SAE?

Pengkadaran API hanya merujuk kepada kualiti minyak sahaja. Gred minyak pula, anda perlu memahami pengkadaran SAE ( Society of Automotive Engineers) . Ia menghuraikan fungsi minyak dan standard kelikatan, ciri-ciri bahan-bahan pelincir yang saling berpaut. Apabila berkeadaan sejuk, minyak boleh menjadi seperti sirap hitam, adalah penting supaya keadaan minyak sentiasa tipis pada kadar kelikatannya. Huruf utama ‘W’ adalah melambangkan prestasi ‘musim sejuk’ (Winter). Di hujung skala, minyak yang terlalu panas boleh menjadi setipis air dan kadangkala berguna. Jadi kelikatan minyak ini perlu berubah mengikut kesesuaian suhu, iaitu tipis apabila panas dan likat apabila di bawah pengaruh suhu yang sejuk. Ini dikategorikan sebagai minyak 'MultiGrade'.Carta di atas menunjukkan satu panduan kasar untuk suhu-suhu ambien vs kelikatan minyak prestasi pada kedua-dua minyak multigrade (separuh atas) dan gred tunggal (separuh yang rendah) minyak.

info : Laman web Maxcare